Aktiviti Bulan Kemerdekaan

30 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29-Julai-2018, Pusat Internet telah mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan yang bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan peserta. Sebagai pendahuluan, peserta diberikan taklimat ringkas tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum aktiviti bermula. Diselitkan juga sejarah kemerdekaan Malaysia dan kronologi ke arah memerdekakan malaysia daripada jajahan kuasa asing. Seterusnya, peserta digalakkan untuk menggunakan Microsoft Paint untuk membuat poster secara kreatif dan terbuka. Pada kali ini, seramai 7 orang peserta telah mengikuti aktiviti ini yang mana mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam lingkungan umur antara 10 hingga 16 tahun. Dalam masa yang sama, penyelia juga memberikan bimbingan secara perseorangan untuk memudahkan peserta menggunakan Microsoft Paint.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Peserta dapat memupuk nilai patriotik melalui aktiviti yang dijalankan
• Peserta mempelajari serba sedikit tentang sejarah kemerdekaan negara serta tarikh penting
• Melatih diri peserta untuk menggunakan Microsoft Paint dengan mahir
• Menyunting poster dengan kreativiti masing-masing

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
1. Pengenalan kepada sejarah kemerdekaan
2. Penyelia membuat taklimat aktiviti
3. Peserta membuat aktiviti dengan menggunakan Microsoft Paint
4. Penyampaian hadiah poster terbaik

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali